Saturday, December 27, 2008

...ralat...

salam perpaduan semula...

...ada RALAT: dalam surat tawaran mengatakan saya ditempatkan di Institut Perguruan Keningau, bukan di IPG Tawau...hanya panggilan dari Tawau tapi penempatan di Keningau..

nampaknya, akan berjauhan dari Sandakan lagi untuk beberapa waktu..DEMI MASA DEPAN...

Wednesday, December 17, 2008

...hadiah teristimewa...


Salam kegembiraan..


hari ini (selasa) saya merasakan satu perasaan yang sangat melegakan dan mengembirakan bukan untuk diri saya sendiri tetapi juga untuk keluarga tercinta saya..


tengahari lebih kurang 11:30 am...saya menerima satu panggilan telefon yang tidak saya kenali..setelah menjawab panggilan tersebut, kedengaran suara seorang wanita mencari untuk bercakap dengan TRACY JUINGKI..saya cakap sedang bercakap..dia memperkenalkan..ini dari INSTITUT PERGURUAN TAWAU, dalam hati saya dup dap dup dap..perkataan keramat "TAHNIAH ANDA DITERIMA UNTUK MENGIKUTI KPLI" di IPG Tawau...macam tak percaya saya bertanya sekali lagi..dan jawapan saudari itu amat mengharukan katanya.."Tiada orang yang boleh replace tempat kamu"..wah, yakin dengan jawapan darinya saya mengucapkan syukur pada Tuhan kerana telah menjawab doa saya..setelah memberi sedikit briefing tentang pendaftaran..dia menamatkan perbualan dengan ucapan "Tahniah, ini hadiah christmas untuk kamu"...saya tersenyum dan mengucapkan terima kasih pada saudari itu..


sebenarnya memang profesion ini lah yang saya kehendaki sedari dulu lagi..minat saya untuk menjadi seorang pendidik..syukur Tuhan buka jalan untuk saya..hari ini menitisnya airmataku untuk saat kegembiraan..


untuk kawan2 yang turut mendoakan saya, terima kasih kerana menyokong saya dalam doa kalian..pasti anda juga kan mendapat balasan yang baik dari-Nya..

Tuesday, December 16, 2008

..alkisah..

salam damai..

si Foo kecurian..jhon plak kemalangan...wah, macam2 skarang perkara yang tak di sangka berlaku..

kepada rakan2 di mana jua anda berada..berhati2 bukan saja di jalan raya tapi di mana saja anda berada, dengan apa yg anda lakukan, sama ada atas pokok ke, atas air ke, atas bangunan ke, pandu kereta ka, motor ke, huh time tidur pun kena berhati2 make sure pintu tu di kunci..kalau perlu ingatkan kawan2 serumah..

selalunya kita dah berhati2 tapi orang lain pulak yang kurang berhati2..so, utk kepentingan bersama..tak salah kita mengingatkan..

saya doakan agar jhon cepat sembuh..dan foo, sabar k..pasti ada hikmah di sebaliknya..murah rezeki foo..amin..

ingat..gunakanlah peluang yang ada dengan sebaiknya kerana masa ini masa yang jahat...renung2kan dan selamat beramal..

PEACE!

Wednesday, December 10, 2008

Penantian satu penyeksaan...

penantian satu penyeksaan..mesti ada yang teringat akan lagu lama ini kan? kadang2 penatian itu memang menyeksakan..tambahan pula bagi orang2 yang sabarnya kureng..

terpulang lah dari mana penantian itu datang dari sudut dan segi apa..baik dalam menanti result exam, menanti tibanya hari pertama kerja, menanti bila orang nak bayar duit tertunggak, menanti hari pernikahan dan banyak macam lagi yg di nanti2kan...

secara peribadi banyak juga penantian yang saya tunggukan..memang menyesakkan kepala bila memikirkannya..kadang2 boleh buat tak tidur malam..hhhmmmnnn...

tapi selalu di ingat di dalam minda..sabar separuh dari iman, dan memotivasikan diri sendiri banyak membantu..kawan2 bagaimana? mungkin cadangan2 anda atau nasihat2 anda juga dapat membantu saya dalam menangani penantian saya itu...

Friday, November 28, 2008

SiFoo again..

salam perpaduan..

kawan..terima kasih lagi ya..dah dapat log in..masa kita dok try tu hang..lepas tu tadi saya buka dah dapat...tolong buat verification add ke? apa apa pun..terima kasih sangat2 ya..

nanti saya kacau lagi nak minta tunjuk ajar..

TQVM SiFOO....

Wednesday, November 26, 2008

Rindu..

salam perpaduan..

sebentar tadi saya, chek dan jenna join chat conference in ym..ucapan rindu...itulah yg tertera di skrin masing2..bertuah zaman skrg ada sistem canggih yg blh menghubungkan antara satu dgn yang lain dan membuatkan kita terasa dekat di hati..

teringat juga pd kawan2 rapat..che mah, acik, oin, bent dan jlo...teringat akan kemanisan dan kepahitan semasa belajar dulu..semuanya kenangan terindah...

sekarang semuanya punya komitmen yang tersendiri baik dalam pekerjaan dan alam rumahtangga..syukur juga, sampai sekarang kami masih "keep in touch" macam dulu..

dari saya, selamat untuk semua dalam apa juga yang korang laku kan baik untuk hari ini, hari esok dan hari2 akan datang..

bila akan bertemu semula?..tak dapat dipastikan, hanya yang PASTI kita SAHABAT sampai bila2..

I LOVE n MISS YOU ALL..

SH.AZIAN TUAN MUDA @ chek, NORZAINA ZANARIAH MOHAMAD ARIFF@ yah, NORHASMAH SALLEH@ che mah , NORAZRIN KAMSOR@ o'in, NORAIDA ABU BAKAR@ bent, NURUL MAS HANUN MOHAMAD@ acik DAN SITI ZAINAB MAT ZIN@ j'lo..

Saturday, November 15, 2008

JEMPUTAN Jingle Bell..

We wish you a Merry Christmas
We wish you a Merry Christmas
We wish you a Merry Christmas
And a happy New Year

Good tidings we bring
To you and your kin
We wish you a Merry Christmas
And a happy New Year..


Hah..walaupun baru di awal November tapi bahang untuk menyambut perayaan Natal dah terasa kat sini..minggu hadapan pulak saya dan kawan2 dah mula latihan untuk Karoling..tau kan ape tu Karoling? Bagi yang tak tahu, Karoling ni adalah sekumpulan orang datang melawat dari rumah ke rumah untuk menyanyikan lagu2 yang bertemakan Hari Natal dan berkongsi hari yang gembira ini..biasanya lagu akan dipilih oleh tuan rumah..biasanya lawatan akan dilakukan setelah memaklumkan kepada tuan rumah tersebut..motif karoling ini sebenarnya agar semua orang berasa gembira dengan kedatangan Hari Natal dan juga untuk mengeratkan silaturahim..

Bagi peribadi saya sendiri, biasanya perayaan ini dinanti2kan kerana rumah keluarga saya akan menjadi pusat pertemuan keluarga Sikuah..kerana kami akan membuat Open House pada 25.12 setiap tahun, tetapi tahun ini tahun ke-2 saya berkrismas tanpa Mummy saya..

Rumah pun saya dah mula kemas mana yang patut, sekarang ni saya dah fikir nak pakai baju ape, kaler ape, kasut ape...hehehe..sama jugak lah dengan kawan2 kalau nak sambut Raya Puasa..tentu excited..

So, mungkin selepas ni arked sumandak ini akan bersawang semula buat seketika..hehehe..dikesempatan ini ARKED SUMANDAK nak ucapkan Merry Christmas kat suma baik yang menyambut atau tak..dan Selamat menyambut kedatangan Tahun Baru 2009..dengan azam dan kehidupan yang akan bertambah baik dan maju..

ACARA : MAJLIS RUMAH TERBUKA X’MAS
MASA : 2.30 PM - MALAM
TARIKH : 25 DISEMBER 2008
TEMPAT : VILLA INDAH, TAMAN INDAH JAYA, LORONG 15 K742,
SANDAKAN, SABAH
Hehehe..jom serbu rumah saya…dialu2kan kedatangan anda baik yang jauh atau pun dekat..kalau tak jumpa rumah kol saya k..

Jumpa lagi….selamat untuk semua…



Tuesday, November 4, 2008

Si Foo..

Salam Perpaduan..

Beberapa hari yang lepas saya ada menghantar SMS kat sorang kawan PERLU(Yasir@Foo) nun jauh di Shah Alam..SMS di hantar dengan hajat..hajatnya nak belajar ilmu nak create blog dengan lebih mendalam..nape Si Foo? Sebab dialah orang yang ajar saya buka blog arked sumandak ni..tapi kalau ada kawan2 lain yang sudi membantu dan mengajar itu sangat dihargai..hehe

Nape nak belajar lebih mendalam sebab saya berhajat untuk mewar2kan ilmu IT ni dengan kawan2 saya di sini. Tak salah rasanya kita berkongsi ilmu yang kita tahu untuk kemajuan bersama..betul tak? Nanti kalau kawan2 saya di sini sudah boleh berblog, bolehlah kami berkongsi cerita atau berkongsi ilmu baru dan berinteraksi seperti yang sedang berlaku di kalangan kita.. tentu seronok..

Terima kasih juga dengan En.Hisyam Che Mat sebab kalau En.Hisyam tak buka blog di kalangan kawan2 PERLU dan warga FSR tentu kita pun tak ada blog sampai hari ni..walaupun kadang2 ada blog yang akan bersawang dan tumbuh hutan..tapi itu lumrah sebab saya yakin masing2 punya komitmen tersendiri dan lebih penting selain mengemaskinikan blog masing2..kan? Bak kata Blog En.Hisyam..coretan di kala senggang....hehehe

RENUNGAN:

DOA MENGUBAH SEGALA SESUATU


SAAT GENTAR YANG DATANG SEK’LILINGKU
ADA DI LUAR KEMAMPUANKU
KU BERDIAM DIRI MENCARI MU
DOA MENGUBAH SEGALA SESUATU

SAAT GENTAR DATANG DI DEPANKU
MENGECEWAKAN PERASAANKU
KU MENUTUP MATA MEMANDANG MU
S’BAB DOA MENGUBAH SEGALA SESUATU

DOA ORANG BENAR BILA DIDOAKAN
DENGAN YAKIN BESAR KUASA-NYA
DAN BIAR DOA YANG LAHIR DARI IMAN
BERKUASA MENYELAMATKAN

SEPERTI BATANG AIR DITANGAN MU
MENGALIR KE MATA PUN KAU MAU
TIADA YANG MUSTAHIL DI MATA MU
DOA MENGUBAH SEGALA SESUATU


P/s: Renungkan bait2 ayat di atas..teringat dengan post blog “coretan di kala senggang”..
DOA itu sangat berkuasa..walaupun untuk perkara yang kadang2 kita tidak ambil kisah dan anggap kecil dan ringan...

Tuesday, October 28, 2008

salam perpaduan..


Wah..ni baru berkesempatan lagi nak update “arked sumandak”..
Apa cer?? nak dijadikan cerita pamly saya ada 2 rumah..1 yang saya dan pamly tinggal dan yang satu lagi nak disewakan...beberapa hari ni sibuk membersihkan rumah coz ada orang nak masuk..ramai yang nak sewa tapi kami tak buka lagi coz ada problem wiring..tapi sekarang dah ok dan baru nak choose nak bagi sewa kat sape..ada cikgu, ada doctor, ada company besar, ada businessman..huh..yang diamanatkan untuk jaga rumah tu sayalah..pening gak nak bagi kat sapa..kalau korang, korang bagi kat sapa? Hehe..sewa range RM1k n above..Mahal? tu dah kira paling murah coz full furnish..ada yang mampu sewa RM1700 sebulan..best tak? Gaji graduate Diploma..hehehe
Lain cer..beberapa minggu yang lepas, saya ada mengikuti satu seminar yang berkaitan dengan VOKAL..kenapa saya ikut? Sebab saya salah seorang back-up singer kat Church. Bukan nak jadi penyanyi jer yang kene belajar vokal tau..yang suke g k-box, red box atau segala macam box la pun kene tau nak melontarkan vocal dengan betul..bukan ape, nanti takla jiran kat sebelah makan pil tdo coz dengar sore orang nyanyi sumbang mambang kan...hehehe...kat sini ada lah tips sket saya nak share dengan blogers2 yang suke menyumbangkan sore..

TEKNIK-TEKNIK VOKAL
1. Ton - menghasilkan suara yang sedap dan merdu
2. Sebutan - menyebut perkataan dgn jelas supaya orang lain tahu apa yg dinyanyikan oleh anda
3. Tafsiran - menyampaikan maksud dan perasaan yg ada dlm lagu serta menyanyikan dgn emosi yg betul
TON YANG BAIK
Jangan:
- Jangan berteriak atau meneran suara masa menyanyi
- Jangan berbisik semasa menyanyi
Mestilah:
- Duduk dan berdiri dgn tegak
- Bernafas dgn dalam
- Buka mulut
- Lidah relaks dan lengkok sedikit
- Menyanyi sambil mendengar
- ‘Note’ yang tinggi mahupun yang rendah mesti dibunyikan dgn mudah
- Membawa kod muzik dengan aras yang sesuai
- Menyanyi dengan gembira dan senang hati


**haa..bukan saja time nak bersukan or berekreasi baru nak warm up, tapi nak menyanyi pun kene warm-up gak..baca kat bawah ni...
PERSEDIAAN SELURUH TUBUH (WARMING-UP)
1. Latihan melengkung dan mengeliat
a) Mencapai setinggi mungkin, kemudian relaks
b) Sentuh hujung kaki
c) Sentuh kaki kiri kemudian kanan
d) Bahagian atas abdomen bergerak ke kiri kemudian kanan
e) Melengkungkan badan
2. Regangan otot-otot leher:
a) Gerakkan kepala ke kiri, kanan, atas dan bawah
b) Angguk gajah (Elephant nod)
3. Gerakkan bahu dan lengan
4. Regangan otot-otot kaki dengan cara bersenam:
a) Berjalan di tempat asal (lari setempat)
5. Regangan otot-otot rahang:
a) Sebutkan huruf vocal (A,E,I,O,U) atau ‘Huh Hah’
b) Mengunyah
6. Buihkan udara
**yang ni yg mcm student2 AF buat..yg akan hasilkan bunyi ‘bbbrrrrrr’ dari bibir korang

SOKONGAN PERNAFASAN YANG BAIK
1. ‘Posture’ yang sempurna memberi pernafasan yang sempurna
2. Tarik nafas seperti menghidu sekuntum bunga ros (deep breath)
3. Tarik nafas seperti menguap (yawning)
4. Tarik nafas seperti nak minum segelas air dengan satu nafas
5. Sebelum bernafas, dada mestilah tegak bahagian bawah abdomen mengarah masuk dan bahagian atas abdomen ada ruang udara untuk bergerak
6. Tarik nafas (inhalation), suspense (suspension), penghembusan nafas terkawal (controlled exhalation) dan pemulihan (recovery)
7. Sebelum, semasa dan selepas pernafasan dada mestilah tegak.

P/s: saya harap tips2 ni dapat membantu untuk kawan2 yang suka menyanyi..nanti taklah ada istilah “hilang suara” atau “pecah anak tekak” lepas kawan2 menyanyi.. selamat mencuba...




Thursday, October 23, 2008

Bermulanya Sandakan...

Part 1

Bermulanya di Sandakan..

Sandakan merupakan salah sebuah bandar utama di Sabah dan merupakan bandar kedua terbesar di negeri tersebut. Kedudukan Sandakan di Teluk Sandakan menjadikannya sebuah pelabuhan yang baik. Sandakan berada di sebelah pantai timur pulau Borneo dan mempunyai penduduk berjumlah 347,334 orang (Banci 2000).

Dari segi sejarah, bandar ini pernah menjadi pusat pentadbirah Borneo Utara semaza zaman pemerintahan British. Kawasan ini juga pernah menjadi tapak pembinaan padang terbang (airfield) tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua.

Dari segi pelancongan, Sandakan terkenal sebagai pintu masuk ke destinasi-destinasi ekopelancongan di Sabah; contohnya Sungai Kinabatangan, Gua Gomantong, Taman Pemuliharaan Orang Utan Sepilok dan Taman Pulau Penyu.


**To be continue..

Hehehe..

Salam..

Minta Maaf sebab dah tumbuh segala jenis hutan n sawang segala sawang dalam blog saya ni..beberapa minggu ni saya sibuk dengan beberapa xtvt yang melibatkan saya "out of coverage" maklumlah keluar masuk kampung orang lain..

Tapi untuk pengetahuan suma, saya belum bekerja lagi..xtvt ni lebih kepada "membangunkan diri sendiri" dan beberapa xtvt kesukarelawatian..

Ini menyebabkan saya yang baru nak menjinakkan diri n belajar jadi blogger agak slow sket..tapi xpe, mane yang sempat akan saya usahakan..

Kat bloggers2 yang menjengok n memberi komen..makaceh..akan di update sekerap yang boleh..

Thursday, September 25, 2008

salam..

..Harlooo..

Sebelum meneruskan kata2..saya nak ucapkan "terima kasih" pada Blogger " Yasis@rembang waktu" coz sudi ajar mcm na nak wujudkan blog..o..mcm ni rupenye kan..tapi banyak lagi yang x explore..pelan2..

@rked Sum@nd@k ni akan menjamu kekawan sume yang berminat tentang Sabah..ndak banyak pun tapi adalah..

Monday, September 22, 2008

...@rked Sum@nd@k..

..."osonong ngawi"..means...salam kepada semua..

@rked Sum@nd@k maseh dalam tempoh pembikinan..hehe..nantikan kemunculan..