Friday, October 9, 2009

...Hello....


Salam Satu Malaysia..


Apa khabar rakan taulan sekalian...? Sebelum tu, x terlambat lagi rasanya wish Selamat Hari Raya...Maafkan saya kalau ada salah dan silap yang lepas2..hehe...


Dah berkurun tak update blog..bila online plak, tak tersempat nak update blog..anyway, harapkan semuanya rakan taulan sihat2 belaka di samping komitmen masing2..


Sekarang dah masuk ke IPGM semula untuk meneruskan pengajian..dalam masa terdekat ni saya akan menduduki exam..doakan saya ya...

Thursday, August 6, 2009

sebulan sudah...

salam perpaduan...

wah..lamanya sudah tidak update blog...apa kabar blogers2 sekalaian....tracy harapkan semua blogers sihat walafiat hendaknya..

hehehe..skarang dah boleh online kat bilik guru coz dah ada internet...hehehe...best2..
boleh lah hari2 jengok blog ea..

untuk tempoh praktikal ni...sangat seronok..banyak perkara yang di pelajari, yang sudah ada dalam diri dimurnikan..dan tambah persediaan untuk masa hadapan...wah..tak sabar nak posting...best2..

tapi jangan ingat ajar pendidikan jasmani adalah satu perkara yang senang..pening tau...hehehe..tapi yang pasti kalau sukan kanak-kanak..mesti enjoy dan happening..hehehehe..

pendek kata..yang penting CINTA kerjaya anda...hahahahahahahaha....cheers..

Tuesday, June 16, 2009

LATIHAN MENGAJAR (PRAKTIKAL)

salam perpaduan...

22 Jun 2009 - 18 September 2009...adalah tempoh latihan mengajar...saya telah ditempatkan di S.K Pekan Nabawan, Keningau..

Doakan saya agar dapat semuanya berjalan dengan lancar..sepanjang 3 bulan jugak la blog saya akan bersawang kerana tiada kemudahan internet kecuali turun ke pekan keningau..

Line fone pun..hidup segan mati tak mau..hahaha...baru praktikal..tak posting lagi..adaptasi untuk ketiadaan air, api, jalan raya dan liputan talian...hahahhaha....

Nasib baik memang anak orang kampung :)

Wednesday, June 3, 2009

...blogers...

salam perpaduan...

sekarang tengah musim cuti..cuti sekolah n ipta/s pun sama...bagi yang bercuti selamat bercuti...bagi yang bekerja..selamat bekerja..apa2pun safety first..

sehari lepas saya terbaca singkapan akhbar tentang blog2 haram..hmmn..rupa2nya ada juga yang menyalahgunakan blog ni...blogers2 ni gunakan blog dorg untuk mengutuk kerajaan dan juga membuat onar (roumers)..

inilah sebahagian pihak yg tidak ada kesedaran sivik dalam diri mereka...

haa...harap2 rakan2 blogers di sini x mcm tu..

kepada yang hadir gathering tu..selamat bergembira dan enjoy...taking care and safety first..

Monday, May 11, 2009

Pendidikan Luar (Outdoor Education)

salam....


Wah, akhirnya hari yang dinanti2kan tiba...PL..suma feel ada..excited, happy, takut, nervous..macam-macam..yang pasti saya nak enjoy buat semua aktiviti outdoor ni..sebab dah lama tak melakukan xtvt2 ni macam dulu2..

Apa yang digembar-gemburkan oleh pensyarah kawasan ni keras ada makhluk entiti..tapi saya pegang apa yang di ajar oleh GURU kita...apa2 pun NIAT kena betul..NIAT adalah untuk belajar..

Saya selalu ingatkan kawan2 saya agar betulkan niat di fikiran dan hati..sebab kadang2 perasaan mereka juga mempengaruhi minda saya..hehehe..tapi saya pikir balik..datang sana untuk tujuan apa..

Saya rasa sangat bersyukur dan BERTUAH sebab saya masuk FSR..hahahaha...hopefully pengalaman sedia ada ni dapat membantu diri saya dan saya dapat membantu dan berkongsi ilmu dengan kawan2 saya nanti..

Aaaaaarrrrrrrrggggggggggghhhhhhhhhh Feel macam nak p FINAL CAMP jer kat TASIK BANDING...hahahahaaha..cuma yang ni xdak sesi kena marah2, and naik Mahkamah...hahaha...Boss mesti ingat lagi kan???...naik court tasik banding...


RINDU DENGAN KAWAN2 PERLU....

Thursday, May 7, 2009

Catatan Rindu Buat MUMMY...

Bagai gumpalan kapas
Putih dan lembut
Haritua singgah di rambut Mu..
dan musim remaja pun
hanyut perlahan demi perlahan
demi perlahan
ke dalam tubuh ku....
Susu mu yang kuhirup
adalah darahmu...
pisangmu yang ku makan
adalah keringat mu...
lengan mu yang ku tidur
adalah mimpi mu..
lagumu yang ku dengar
adalah resahmu..
segala riang mu kurebut kembali...
mengisi serpihan umur ku..
dengan masa depan yang rahsia..
ku kumpulkan sejuta wangian mawar
dari perkebunanmu
dengan sejuta doa..
bersama Tuhan..
dan kuburan mu...
berbau sewangi mawar
dari tangan..
anak-anak mu dan lelaki mu
Tahun ini merupakan tahun yang ke 3 saya tidak meraikan hari ibu...perasaan RINDU yang teramat pada mendiang mummy saya...kepada kawan2 yang masih punya ibu..hargailah IBU, UMIE,MAMA,MAK,MUMMY kalian selagi mereka ada...hayati lah kasih sayang yang mereka berikan pada kita semua...bagi yang sama dengan saya..jangan sedih..kerana dalam hati kita IBU kitalah PERMAISURI HATI KITA...

Monday, May 4, 2009

Tugasan Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan...

MINGGU SAYANGI KELUARGA
MURID DIKEHENDAKI MENYIAPKAN TUGASAN TERSEBUT:
  • SENARAI ORANG YANG DISAYANGI DALAM BENTUK MULTIMEDIA POSTER
  • MENYEDIAKAN DAN MEMBERIKAN HADIAH/KAD UCAPAN KEPADA ORANG YANG MEREKA SAYANGI
  • MEMBUAT MULTIMEDIA FOLIO TENTANG KELUARGA MASING-MASING
  • PERSIAPAN PERTANDINGAN LAKONAN BERKAITAN DENGAN MINGGU SAYANGI KELUARGA

SEKIRANYA GURU-GURU TIDAK ADA DI SEKOLAH SILA RUJUK PADA BLOG GURU PANITIA PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN INI.

Friday, April 24, 2009

my name....


TRACY

T= TRUE

R= ROMANCE

A= ALWAYS

C= CHARACTERISES

Y=YOU

Monday, April 13, 2009

apabila kata-kata menjadi DOSA...

ingin kurakamkan segalanya pada malam ini
bagaimana ku tidur di dadamu
dan kau cuba mengeringkan airmata
tapi aku tidak dapat bersuara
apabila setiap kata-kataku
telah menjadi DOSA
bila aku bertanya sesuatu
paling mudah menjawah "Tidak tahu"
kerana berkata benar
telah menjadi DOSA
dan apa yang tinggal lagi
selalu mulut yang bisu
bila suaraku
telah menjadi merbahaya
dan kata-kata
telah menjadi sebuah DOSA...

Thursday, March 5, 2009

Thursday, February 26, 2009

AKU DAN DIRIMU....

TIBA SAATNYA KITA SALING BICARA
TENTANG PERASAAN YANG KIAN MENYIKSA
TENTANG RINDU YANG MENGGEBU
TENTANG CINTA YANG TAK TERUNGKAP
SUDAH TERLALU LAMA KITA BERDIAM
TENGGELAM DALAM GELISAH YANG TAK TERENDAM
MEMENUHI MIMPI-MIMPI MALAM KITA
c/o:
DUHAI CINTAKU, SAYANGKU, LEPASKANLAH..
PERASAANMU, RINDUMU, SELURUH CINTAMU..
DAN KINI HANYA ADA AKU..DAN DIRIMU
SESAAT DI KEABADIAN...
JIKA SANG WAKTU BISA KITA HENTIKAN
DAN SEGALA MIMPI- MIMPI JADI KENYATAAN..
MELEBURKAN SEMUA BATAS
ANTARA KAU DAN AKU...KITA..

Tuesday, February 17, 2009

Bina Insan Guru (BIG)


Inilah pelatih KPLI PJ(SR) 2009 seramai 21 orang....bersama dengan 2 orang Pensyarah dari Jabatan PJK IPKS...gambar ni masa malam penutupan Bina Insan Guru...
Bakal2 guru Pj di kelas saya semuanya sporting, best sangat berkawan dengan mereka..latarbelakang mereka semuanya hebat2 belaka..di antara mereka ni ada yang sudah pun mengelilingi dunia pada usia yang muda, bekerja dengan kerajaan, penceramah bebas, guru swasta dan macam2 lagi, walaupun sudah memiliki karier yang baik sebelum ini tapi mereka sanggup meninggalkan kerja mereka yang terdahulu dan masuk KPLI..apabila di tanya jawapan mereka ialah minat dalam bidang pendidikan dan majoriti di kelas saya sudah pun memohon KPLI ini lebih dari 5 kali..maka saya sangat bersyukur kerana rezeki yang Tuhan berikan pada saya yang hanya memohon sekali dan diterima...
Baik yang sudah berkahwin dan belum berkahwin semuanya sporting..masing2 punya pengalaman yang berbeza maka telinga saya lebih suka mendengar pengalaman hidup mereka..rupanya seronok bergaul dengan orang yang lebih matang dari kita ni, tapi yang lucunya...walaupun macam tu dengan memegang status isteri dan suami orang..perangai kembali seperti remaja juga apabila bergelar seorang pelajar..cuma kelebihannya..masing2 tahu batas masing2..mungkin dalam pengadaptasian bagi kami yang akan mengajar di sekolah rendah..kawasan luar bandar..
Bercerita tentang Bina Insan Guru, diluar jangkaan saya..saya andaikan sebelumnya seperti first camp..rupa2nya..camp suka2..wah, camp ni la yang paling mewah pernah saya hadiri..hehehe... aktiviti yang disediakan adalah water confident, kayak, trekking dan LDK..tetapi setiap pengisian dalam aktiviti itu baik untuk beginers..tidak terlalu hard core..
Bayangkan saja ada di kalangan pelatih yang nak dirikan 4 men tent pun tak reti..fiber yang putus dan patah masih mahu digunakan...masak dengan dapur gas, bekalan makanan sangat mewah malah jika habis boleh membuat pesanan drpd fasilitator..tetapi mungkin cara pendekatan pihak penganjur berlainan..banyak juga barang2 yang dibawa tidak di periksa terlebih dahulu terutamanya khemah..menyebabkan kami tidur dalam air kerana khemah bocor..ada juga saya memberi cadangan supaya check dahulu sebelum pergi..tapi tidak diendahkan..
Apa2pun saya enjoy sepanjang menjalani BIG ini, mungkin kerana berbekalkan sekuman ilmu rekreasi saya boleh mengharungi setiap aktiviti yang dijalankan..sejarah di bukit kluang terimbas semula semasa kayak dijalankan..kerana semasa BIG juga laut sangat berombak besar..sebijik mcm kat bukit kluang dulu..siap capsized lagi..route trekking hanya melibatkan jalan2 di sawah padi..tiada bukit bukau..bolehlah..
Hasil gabungan kumpulan 3 dan 4, kami menjadi juara keseluruhan..menang mlm kebudayaan..hehehe..saya berlakon tau..seronok rupanya..
hehehehe......oklah..banyak lagi nak saya share tapi..tunggu post akan datang k..

Wednesday, January 28, 2009

...cuti..

salam perpaduan...

wah..serasa macam masih bergelar budak U pulak...hahaha...sekarang pelatih KPLI..best o cuti..
dan tempoh masa cuti ni pengisiannya pun berisi dan bermakna..hehehe..sambil siapkan tugasan yang diberikan..boleh jumpa orang2 tersayang..pengalaman 1 tahun duduk dirumah tanpa meningggalkan keluarga akhirnya amat terasa walaupun saya masih berada dalam negeri..hahaha

balik dari bercuti nanti..kami akan menghadiri satu perkhemahan Bina Insan Guru 4h3m..harapan saya, dengan berbekal kan pengalaman bersama FSR saya harap ianya sangat membantu saya nanti..begitu juga dengan hari2 yang akan mendatang..

satu perkara yang saya rasa sangat berbaloi adalah tentang blog..terima kasih pada yang mengajar saya..ada 2 subjek dimana kami dituntut untuk mewujudkan blog..hahahaha...syukur walaupun saya masih belum fasih dan cekap dalam hal berblog seperti rakan2 yang lain, sekurang2nya saya sudah mendapat gambaran apa itu blog..juga akan memudahkan sesi pembelajaran saya nanti..dan biarlah ilmu sekecil kuman yang saya ada ini akan saya kongsikan bersama rakan2 baru saya disini...

nanti bila saya kembali dari BIG nanti akan saya kongsikan pengalaman baru saya di blog ini..salam damai buat semua..

Monday, January 19, 2009

bertemu semula...

salam perpaduan buat semua rakan2...

wah..penat, gembira bermacam2 perasaan berbaur saat minggu2 terawal mendaftarkan diri di IPGM kampus Keningau...minggu pengurusan pelajar baru telah pun berakhir..rasa syukur dipanjatkan kerana saya dapat menempuhi segalanya dengan hati yang tebuka dan tenang..saya juga sangat bersyukur kerana hasil hidup di UiTM Shah alam banyak membantu dan menjadi bekalan hati dan minda untuk menghadapi situasi di sini..

selepas berhempas pulas selama 1 mgu pengurusan pelajar dan 1 mgu untuk pengenalan kpd ilmu pendidikan, kami akan bercuti 1 mgu sempena Tahun Baru Cina..dapat la merehatkan diri untuk seketika dan mengambil masa untuk balik ke Sandakan..hehehehe..untuk pengetahuan kawan2 semua..jarak dari sandakan ke keningau mengambil masa lebih kurang 7-8 jam..boleh homesick juga jadinya..

di Kampus ini saya bertemu beberapa orang rakan yang saya sudah kenali sebelum masuk ke institut ini..bahkan berjumpa dengan bekas senior di UiTM Shah alam...Fredolin Lazarus..

apapun, hari ini saya berkesempatan untuk membuka arked sumandak...doakan kejayaan saya sepanjang pengajian saya di sini ok..

sampai bertemu lagi..

Thursday, January 8, 2009

...contacts...

salam tahun baru 2009...

sebelum tu saya ucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2009! Moga hidup rakan2 semua lebih bermakna dan di Berkati Tuhan..

MAKLUMAN UNTUK KAWAN2 YANG MENGENALI TRACY JUINGKI, TOLONG LAH SMS KAN NAMA ANDA KE NUM PHONE SAYA KERANA HANDPHONE SAYA JUGA TERKENA VIRUS...PLEASE...reformat baru..contacts semua Burned!!

DIRECT TO MY NUM 013-3398799 berserta nama anda..tqvm