Showing posts with label BERKAT. Show all posts
Showing posts with label BERKAT. Show all posts

Wednesday, December 17, 2008

...hadiah teristimewa...


Salam kegembiraan..


hari ini (selasa) saya merasakan satu perasaan yang sangat melegakan dan mengembirakan bukan untuk diri saya sendiri tetapi juga untuk keluarga tercinta saya..


tengahari lebih kurang 11:30 am...saya menerima satu panggilan telefon yang tidak saya kenali..setelah menjawab panggilan tersebut, kedengaran suara seorang wanita mencari untuk bercakap dengan TRACY JUINGKI..saya cakap sedang bercakap..dia memperkenalkan..ini dari INSTITUT PERGURUAN TAWAU, dalam hati saya dup dap dup dap..perkataan keramat "TAHNIAH ANDA DITERIMA UNTUK MENGIKUTI KPLI" di IPG Tawau...macam tak percaya saya bertanya sekali lagi..dan jawapan saudari itu amat mengharukan katanya.."Tiada orang yang boleh replace tempat kamu"..wah, yakin dengan jawapan darinya saya mengucapkan syukur pada Tuhan kerana telah menjawab doa saya..setelah memberi sedikit briefing tentang pendaftaran..dia menamatkan perbualan dengan ucapan "Tahniah, ini hadiah christmas untuk kamu"...saya tersenyum dan mengucapkan terima kasih pada saudari itu..


sebenarnya memang profesion ini lah yang saya kehendaki sedari dulu lagi..minat saya untuk menjadi seorang pendidik..syukur Tuhan buka jalan untuk saya..hari ini menitisnya airmataku untuk saat kegembiraan..


untuk kawan2 yang turut mendoakan saya, terima kasih kerana menyokong saya dalam doa kalian..pasti anda juga kan mendapat balasan yang baik dari-Nya..