ingin kurakamkan segalanya pada malam ini
bagaimana ku tidur di dadamu
dan kau cuba mengeringkan airmata
tapi aku tidak dapat bersuara
apabila setiap kata-kataku
telah menjadi DOSA
bila aku bertanya sesuatu
paling mudah menjawah "Tidak tahu"
kerana berkata benar
telah menjadi DOSA
dan apa yang tinggal lagi
selalu mulut yang bisu
bila suaraku
telah menjadi merbahaya
dan kata-kata
telah menjadi sebuah DOSA...