Friday, November 28, 2008

SiFoo again..

salam perpaduan..

kawan..terima kasih lagi ya..dah dapat log in..masa kita dok try tu hang..lepas tu tadi saya buka dah dapat...tolong buat verification add ke? apa apa pun..terima kasih sangat2 ya..

nanti saya kacau lagi nak minta tunjuk ajar..

TQVM SiFOO....

Wednesday, November 26, 2008

Rindu..

salam perpaduan..

sebentar tadi saya, chek dan jenna join chat conference in ym..ucapan rindu...itulah yg tertera di skrin masing2..bertuah zaman skrg ada sistem canggih yg blh menghubungkan antara satu dgn yang lain dan membuatkan kita terasa dekat di hati..

teringat juga pd kawan2 rapat..che mah, acik, oin, bent dan jlo...teringat akan kemanisan dan kepahitan semasa belajar dulu..semuanya kenangan terindah...

sekarang semuanya punya komitmen yang tersendiri baik dalam pekerjaan dan alam rumahtangga..syukur juga, sampai sekarang kami masih "keep in touch" macam dulu..

dari saya, selamat untuk semua dalam apa juga yang korang laku kan baik untuk hari ini, hari esok dan hari2 akan datang..

bila akan bertemu semula?..tak dapat dipastikan, hanya yang PASTI kita SAHABAT sampai bila2..

I LOVE n MISS YOU ALL..

SH.AZIAN TUAN MUDA @ chek, NORZAINA ZANARIAH MOHAMAD ARIFF@ yah, NORHASMAH SALLEH@ che mah , NORAZRIN KAMSOR@ o'in, NORAIDA ABU BAKAR@ bent, NURUL MAS HANUN MOHAMAD@ acik DAN SITI ZAINAB MAT ZIN@ j'lo..

Saturday, November 15, 2008

JEMPUTAN Jingle Bell..

We wish you a Merry Christmas
We wish you a Merry Christmas
We wish you a Merry Christmas
And a happy New Year

Good tidings we bring
To you and your kin
We wish you a Merry Christmas
And a happy New Year..


Hah..walaupun baru di awal November tapi bahang untuk menyambut perayaan Natal dah terasa kat sini..minggu hadapan pulak saya dan kawan2 dah mula latihan untuk Karoling..tau kan ape tu Karoling? Bagi yang tak tahu, Karoling ni adalah sekumpulan orang datang melawat dari rumah ke rumah untuk menyanyikan lagu2 yang bertemakan Hari Natal dan berkongsi hari yang gembira ini..biasanya lagu akan dipilih oleh tuan rumah..biasanya lawatan akan dilakukan setelah memaklumkan kepada tuan rumah tersebut..motif karoling ini sebenarnya agar semua orang berasa gembira dengan kedatangan Hari Natal dan juga untuk mengeratkan silaturahim..

Bagi peribadi saya sendiri, biasanya perayaan ini dinanti2kan kerana rumah keluarga saya akan menjadi pusat pertemuan keluarga Sikuah..kerana kami akan membuat Open House pada 25.12 setiap tahun, tetapi tahun ini tahun ke-2 saya berkrismas tanpa Mummy saya..

Rumah pun saya dah mula kemas mana yang patut, sekarang ni saya dah fikir nak pakai baju ape, kaler ape, kasut ape...hehehe..sama jugak lah dengan kawan2 kalau nak sambut Raya Puasa..tentu excited..

So, mungkin selepas ni arked sumandak ini akan bersawang semula buat seketika..hehehe..dikesempatan ini ARKED SUMANDAK nak ucapkan Merry Christmas kat suma baik yang menyambut atau tak..dan Selamat menyambut kedatangan Tahun Baru 2009..dengan azam dan kehidupan yang akan bertambah baik dan maju..

ACARA : MAJLIS RUMAH TERBUKA X’MAS
MASA : 2.30 PM - MALAM
TARIKH : 25 DISEMBER 2008
TEMPAT : VILLA INDAH, TAMAN INDAH JAYA, LORONG 15 K742,
SANDAKAN, SABAH
Hehehe..jom serbu rumah saya…dialu2kan kedatangan anda baik yang jauh atau pun dekat..kalau tak jumpa rumah kol saya k..

Jumpa lagi….selamat untuk semua…



Tuesday, November 4, 2008

Si Foo..

Salam Perpaduan..

Beberapa hari yang lepas saya ada menghantar SMS kat sorang kawan PERLU(Yasir@Foo) nun jauh di Shah Alam..SMS di hantar dengan hajat..hajatnya nak belajar ilmu nak create blog dengan lebih mendalam..nape Si Foo? Sebab dialah orang yang ajar saya buka blog arked sumandak ni..tapi kalau ada kawan2 lain yang sudi membantu dan mengajar itu sangat dihargai..hehe

Nape nak belajar lebih mendalam sebab saya berhajat untuk mewar2kan ilmu IT ni dengan kawan2 saya di sini. Tak salah rasanya kita berkongsi ilmu yang kita tahu untuk kemajuan bersama..betul tak? Nanti kalau kawan2 saya di sini sudah boleh berblog, bolehlah kami berkongsi cerita atau berkongsi ilmu baru dan berinteraksi seperti yang sedang berlaku di kalangan kita.. tentu seronok..

Terima kasih juga dengan En.Hisyam Che Mat sebab kalau En.Hisyam tak buka blog di kalangan kawan2 PERLU dan warga FSR tentu kita pun tak ada blog sampai hari ni..walaupun kadang2 ada blog yang akan bersawang dan tumbuh hutan..tapi itu lumrah sebab saya yakin masing2 punya komitmen tersendiri dan lebih penting selain mengemaskinikan blog masing2..kan? Bak kata Blog En.Hisyam..coretan di kala senggang....hehehe

RENUNGAN:

DOA MENGUBAH SEGALA SESUATU


SAAT GENTAR YANG DATANG SEK’LILINGKU
ADA DI LUAR KEMAMPUANKU
KU BERDIAM DIRI MENCARI MU
DOA MENGUBAH SEGALA SESUATU

SAAT GENTAR DATANG DI DEPANKU
MENGECEWAKAN PERASAANKU
KU MENUTUP MATA MEMANDANG MU
S’BAB DOA MENGUBAH SEGALA SESUATU

DOA ORANG BENAR BILA DIDOAKAN
DENGAN YAKIN BESAR KUASA-NYA
DAN BIAR DOA YANG LAHIR DARI IMAN
BERKUASA MENYELAMATKAN

SEPERTI BATANG AIR DITANGAN MU
MENGALIR KE MATA PUN KAU MAU
TIADA YANG MUSTAHIL DI MATA MU
DOA MENGUBAH SEGALA SESUATU


P/s: Renungkan bait2 ayat di atas..teringat dengan post blog “coretan di kala senggang”..
DOA itu sangat berkuasa..walaupun untuk perkara yang kadang2 kita tidak ambil kisah dan anggap kecil dan ringan...