Tuesday, February 17, 2009

Bina Insan Guru (BIG)


Inilah pelatih KPLI PJ(SR) 2009 seramai 21 orang....bersama dengan 2 orang Pensyarah dari Jabatan PJK IPKS...gambar ni masa malam penutupan Bina Insan Guru...
Bakal2 guru Pj di kelas saya semuanya sporting, best sangat berkawan dengan mereka..latarbelakang mereka semuanya hebat2 belaka..di antara mereka ni ada yang sudah pun mengelilingi dunia pada usia yang muda, bekerja dengan kerajaan, penceramah bebas, guru swasta dan macam2 lagi, walaupun sudah memiliki karier yang baik sebelum ini tapi mereka sanggup meninggalkan kerja mereka yang terdahulu dan masuk KPLI..apabila di tanya jawapan mereka ialah minat dalam bidang pendidikan dan majoriti di kelas saya sudah pun memohon KPLI ini lebih dari 5 kali..maka saya sangat bersyukur kerana rezeki yang Tuhan berikan pada saya yang hanya memohon sekali dan diterima...
Baik yang sudah berkahwin dan belum berkahwin semuanya sporting..masing2 punya pengalaman yang berbeza maka telinga saya lebih suka mendengar pengalaman hidup mereka..rupanya seronok bergaul dengan orang yang lebih matang dari kita ni, tapi yang lucunya...walaupun macam tu dengan memegang status isteri dan suami orang..perangai kembali seperti remaja juga apabila bergelar seorang pelajar..cuma kelebihannya..masing2 tahu batas masing2..mungkin dalam pengadaptasian bagi kami yang akan mengajar di sekolah rendah..kawasan luar bandar..
Bercerita tentang Bina Insan Guru, diluar jangkaan saya..saya andaikan sebelumnya seperti first camp..rupa2nya..camp suka2..wah, camp ni la yang paling mewah pernah saya hadiri..hehehe... aktiviti yang disediakan adalah water confident, kayak, trekking dan LDK..tetapi setiap pengisian dalam aktiviti itu baik untuk beginers..tidak terlalu hard core..
Bayangkan saja ada di kalangan pelatih yang nak dirikan 4 men tent pun tak reti..fiber yang putus dan patah masih mahu digunakan...masak dengan dapur gas, bekalan makanan sangat mewah malah jika habis boleh membuat pesanan drpd fasilitator..tetapi mungkin cara pendekatan pihak penganjur berlainan..banyak juga barang2 yang dibawa tidak di periksa terlebih dahulu terutamanya khemah..menyebabkan kami tidur dalam air kerana khemah bocor..ada juga saya memberi cadangan supaya check dahulu sebelum pergi..tapi tidak diendahkan..
Apa2pun saya enjoy sepanjang menjalani BIG ini, mungkin kerana berbekalkan sekuman ilmu rekreasi saya boleh mengharungi setiap aktiviti yang dijalankan..sejarah di bukit kluang terimbas semula semasa kayak dijalankan..kerana semasa BIG juga laut sangat berombak besar..sebijik mcm kat bukit kluang dulu..siap capsized lagi..route trekking hanya melibatkan jalan2 di sawah padi..tiada bukit bukau..bolehlah..
Hasil gabungan kumpulan 3 dan 4, kami menjadi juara keseluruhan..menang mlm kebudayaan..hehehe..saya berlakon tau..seronok rupanya..
hehehehe......oklah..banyak lagi nak saya share tapi..tunggu post akan datang k..

1 comment:

ajoy87NF said...

mcm baju timor leste jer...