Tuesday, October 28, 2008

salam perpaduan..


Wah..ni baru berkesempatan lagi nak update “arked sumandak”..
Apa cer?? nak dijadikan cerita pamly saya ada 2 rumah..1 yang saya dan pamly tinggal dan yang satu lagi nak disewakan...beberapa hari ni sibuk membersihkan rumah coz ada orang nak masuk..ramai yang nak sewa tapi kami tak buka lagi coz ada problem wiring..tapi sekarang dah ok dan baru nak choose nak bagi sewa kat sape..ada cikgu, ada doctor, ada company besar, ada businessman..huh..yang diamanatkan untuk jaga rumah tu sayalah..pening gak nak bagi kat sapa..kalau korang, korang bagi kat sapa? Hehe..sewa range RM1k n above..Mahal? tu dah kira paling murah coz full furnish..ada yang mampu sewa RM1700 sebulan..best tak? Gaji graduate Diploma..hehehe
Lain cer..beberapa minggu yang lepas, saya ada mengikuti satu seminar yang berkaitan dengan VOKAL..kenapa saya ikut? Sebab saya salah seorang back-up singer kat Church. Bukan nak jadi penyanyi jer yang kene belajar vokal tau..yang suke g k-box, red box atau segala macam box la pun kene tau nak melontarkan vocal dengan betul..bukan ape, nanti takla jiran kat sebelah makan pil tdo coz dengar sore orang nyanyi sumbang mambang kan...hehehe...kat sini ada lah tips sket saya nak share dengan blogers2 yang suke menyumbangkan sore..

TEKNIK-TEKNIK VOKAL
1. Ton - menghasilkan suara yang sedap dan merdu
2. Sebutan - menyebut perkataan dgn jelas supaya orang lain tahu apa yg dinyanyikan oleh anda
3. Tafsiran - menyampaikan maksud dan perasaan yg ada dlm lagu serta menyanyikan dgn emosi yg betul
TON YANG BAIK
Jangan:
- Jangan berteriak atau meneran suara masa menyanyi
- Jangan berbisik semasa menyanyi
Mestilah:
- Duduk dan berdiri dgn tegak
- Bernafas dgn dalam
- Buka mulut
- Lidah relaks dan lengkok sedikit
- Menyanyi sambil mendengar
- ‘Note’ yang tinggi mahupun yang rendah mesti dibunyikan dgn mudah
- Membawa kod muzik dengan aras yang sesuai
- Menyanyi dengan gembira dan senang hati


**haa..bukan saja time nak bersukan or berekreasi baru nak warm up, tapi nak menyanyi pun kene warm-up gak..baca kat bawah ni...
PERSEDIAAN SELURUH TUBUH (WARMING-UP)
1. Latihan melengkung dan mengeliat
a) Mencapai setinggi mungkin, kemudian relaks
b) Sentuh hujung kaki
c) Sentuh kaki kiri kemudian kanan
d) Bahagian atas abdomen bergerak ke kiri kemudian kanan
e) Melengkungkan badan
2. Regangan otot-otot leher:
a) Gerakkan kepala ke kiri, kanan, atas dan bawah
b) Angguk gajah (Elephant nod)
3. Gerakkan bahu dan lengan
4. Regangan otot-otot kaki dengan cara bersenam:
a) Berjalan di tempat asal (lari setempat)
5. Regangan otot-otot rahang:
a) Sebutkan huruf vocal (A,E,I,O,U) atau ‘Huh Hah’
b) Mengunyah
6. Buihkan udara
**yang ni yg mcm student2 AF buat..yg akan hasilkan bunyi ‘bbbrrrrrr’ dari bibir korang

SOKONGAN PERNAFASAN YANG BAIK
1. ‘Posture’ yang sempurna memberi pernafasan yang sempurna
2. Tarik nafas seperti menghidu sekuntum bunga ros (deep breath)
3. Tarik nafas seperti menguap (yawning)
4. Tarik nafas seperti nak minum segelas air dengan satu nafas
5. Sebelum bernafas, dada mestilah tegak bahagian bawah abdomen mengarah masuk dan bahagian atas abdomen ada ruang udara untuk bergerak
6. Tarik nafas (inhalation), suspense (suspension), penghembusan nafas terkawal (controlled exhalation) dan pemulihan (recovery)
7. Sebelum, semasa dan selepas pernafasan dada mestilah tegak.

P/s: saya harap tips2 ni dapat membantu untuk kawan2 yang suka menyanyi..nanti taklah ada istilah “hilang suara” atau “pecah anak tekak” lepas kawan2 menyanyi.. selamat mencuba...




3 comments:

hisyamchemat said...

Wow, sekarang Tracy dah jadi Stacy AF

teamtact said...

hehehe...

cy_sumandak said...

salam..

boss, hahaha..lebih kurang la..nama stacy kan Stracie..kot la 1 hari nanti boleh jadi tracy AF yang seterusnya..

teamtact..gelakkan tracy ye..